Utusan Malaysia (6th January 2013) : Anak Patung tawan hati Hairul

Wednesday 30 January 2013
We at The Dolly Carnet were very excited about the news!
On last December 2012, our friends in the Peninsular Malaysia gathered for the Year End Doll Gathering at Ben's Pavillion and made it into the newspaper to feature the doll collecting hobby. :)


Picture credit to: http://www.utusan.com.my

Picture credit to Hairul


Anak patung tawan hati Hairul

MELIHAT koleksi anak patung yang dibawa oleh ahli Malaysia Pullip Collectors Club yang berkumpul di ibu negara baru-baru ini membuatkan penulis cukup teruja lalu terkenangkan mainan ketika kecil.
Jika dahulu, anak patung jenis Barbie sahaja yang sering menjadi rebutan, kini jenis anak patung semakin pelbagai dan lebih menarik seperti patung Pullip yang berkepala besar dan bermata galak yang comel.
Pelbagai fesyen yang 'digayakan' oleh patung-patung tersebut dengan pelbagai karakter iaitu Taeyang, Dal, Byul dan Isul.
Namun menariknya, rata-rata ahli kumpulan yang hadir di sebuah restoran terkenal itu ialah lelaki dan terdiri daripada mereka yang berkerjaya dan mempunyai pelbagai latar belakang yang menarik!
Terang ahli kumpulan, Hairullida Suhaili, aktiviti mengumpul patung telah lama dipelopori oleh golongan lelaki malah dia sendiri sudah mula mengumpul anak patung bermula dengan patung Barbie sejak di zaman sekolah lagi.
"Zaman dah berubah. Semua orang ada hak untuk memilih dan mengumpul apa yang mereka minati tidak kira jantina.
"Bagi saya, tak salah lelaki minat mengumpul patung sebegini. Wanita pun ramai yang mengumpul permainan lelaki seperti Gundam dan Star Wars.
"Lagipun, saya turut mempunyai pelbagai koleksi lain seperti Transformers cuma patung seperti Pullip lebih menjadi pilihan kerana saya suka sesuatu yang kelihatan comel.
"Ia adalah koleksi dan terpulanglah siapa yang mahu mengumpulnya asalkan berkemampuan kerana koleksi sebegini tidak murah," ujarnya yang mempunyai lebih 40 unit patung Pullip yang dikumpul sejak 2006.
Terang Hairullida, Pullip adalah patung sambungan bebola dan soket berkepala besar dengan mata yang boleh digerakkan, keluaran Korea Selatan sejak 2003.
Pullip yang dikeluarkan dengan pelbagai gaya menarik dipasangkan dengan patung lelaki, Taeyang serta versi kanak-kanak iaitu Dal, Byul dan Isul.
Setiap patung boleh ditukar-tukar karakter, fesyen baju dan gaya rambut malah matanya turut boleh ditukar mengikut kesesuaian.
Selain patung Pullip, anak patung Barbie edisi khas yang dibeli ketika di universiti turut menjadi koleksi kesayangannya.
Hairullida kini beralih arah dengan mengumpul patung jenis Fashion Royalty iaitu Dynamite Girls Collection By Jason Wu kerana gaya fesyen atasan selain badannya yang mudah digayakan.


Check out for the full article here: Utusan - Anak Patung tawan hati Hairul

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.